Alihaji

GURINDAM 12 FASAL I

Barang siapa tiada memegang agama
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

Barang siapa mengenal yg empat
Maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Alloh
Suruh dan cegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yg terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat.


GURINDAM 12 FASAL II

Barangsiapa mengenal yg tersebut
Tahulah ia makna takut
Barangsiapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Barangsiapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasya
Barangsiapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barangsiapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji.

GURINDAM 12 FASAL III

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yg jahat tiadalah damping
Apabila terpdlihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan
Dari pada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fiil yg tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yg hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan membawa rugi 

GURINDAM 12 FASAL IV

Hati kerajaan didalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota pun rubuh.
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dan memuji hendaknya pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yg amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yg amat gagah
Barangsiapa yg sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barangsiapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama kotor
Di mana tahu salah diri
Jika tidak orang lain yg berperi
Pekerjaan ta'bur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih


GURINDAM 12 FASAL V

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia2
Jika hdndak memgenal orang mulia
Lihat kepada kelajuan dia
Jika hendak mengenal orang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Didalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang
yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur bercampur dg orang ramai

GURINDAM 12 FASAL VI

Cahari oleimu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan istri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala org yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi

GURINDAM 12 FASAL VII

Apabila banyak berkata2
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itulah tanda hampirkan
duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabil anak tidak dilatih
Jika besar bapaknya letih
Apabila banyak mencela org
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila org yang banyak tidur
Sia-sia sahajalah umur
Apabila mendengar akan khabar
Menerimanya itu hendaknya sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan

Apabila perkataan yg lemah lembut
Lekaslah segala org mengikut
Apabila perkataan yg amat kasar
Lekaslah org sekalian gusar
Apabila pekerjaan yg amat benar
Tidak boleh orang berbuat honar


GURINDAN 12 FASAL VIII

Barangsiapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah yang suka membenarkan dirinya
Daripada yg lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada org datangnya khabar
Orang yg suka menanpakkan jasa
Setengah daripada syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri sembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Keaiban orang jangan dibuka
Keaiban diri hendaklah sangka


GURINDAM 12 FASAL IX

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukanlah manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya punggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan .
Di situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi seteru

GURINDAM 12 FASAL X

Dengan Bapa jangan durhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan istri janganlah alpa
Supaya malu jangan menempa
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil

GURINDAM 12 FASAL XI

Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Hendaklah jadi kepala
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujah
Hendah dimulai
Jangan melalui
Hendak ramai
Murahkan perangai

GURINDAM 12 FASAL XII

Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirgnya mati
Itulah asal berbuat bhakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta


TAMBAHAN

Gurindam yang dua belas fasal
Yaitu karangan RAJA ALI HAJI
Pada hari Selasa jam 05.00
Tgl 23 Rajab tahun 1263 H.
Di Pulau Penyengat Negeri Riau.





VISITOR

On: 1Today: 1Total: 501